UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :G Geography (General)
ISSN :2289-9391
Main Author :Hashim Mohmadisa, Nayan Nasir, Saleh Yazid, Mahat Hanifah,
Title :Pemetaan bunyi bising trafik di penempatan terpilih Koridor Utara Negeri Selangor (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2016
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract :
Kajian ini bertujuan bagi mengenal pasti tahap aras kebisingan trafik di kawasan penempatan terpilih yang terletak dalam Koridor Utara Negeri Selangor (KUNS) yang melibatkan 16 buah stesen cerapan. Proses cerapan dilakukan pada hari bekerja dan tidak bekerja yang meliputi waktu pagi, tengah hari, petang dan malam. Parameter yang diambil kira adalah nilai maksimum (Max), minimum (Min) dan juga purata (Leq). Data bunyi bising trafik yang dicerap pada setiap stesen dipetakan kawasan liputan sebaran bunyi bising menggunakan kaedah regresi dalam sistem maklumat geografi (GIS) iaitu interpolasi Inverse Distance Weighted (IDW). ArcGIS 93 digunakan sebagai alatan untuk membuat analisis interpolasi sebaran bunyi. Hasil kajian mendapati bahawa pada hari bekerja kesemua kawasan di KUNS mencatatkan nilai kebisingan melebihi piawaian Jabatan Alam Sekitar (JAS) iaitu 65 dBA pada setiap waktu cerapan kecuali Bandar Sungai Buaya bagi waktu pagi dan tengah hari. Situasi yang hampir sama berlaku pada hari tidak bekerja namun tahap kebisingan yang direkodkan yang tidak melebihi piawaian JAS adalah pada waktu pagi dan malam di kawasan yang sama iaitu Bandar Sungai Buaya. Secara keseluruhannya, didapati bahawa jumlah kenderaan yang banyak dan sentiasa meningkat menjadi penyumbang utama pencemaran bunyi bising trafik di kawasan penempatan KUNS dan memungkinkan berlakunya gangguan kepada penduduk di sekitarnya. Oleh itu, tindakan yang sewajarnya sama ada daripada sudut perundangan dan bukan perundangan perlu dilakukan bagi menyelesaikan isu ini.

References

1. Abdurrahman Geymen & Bostanci, B. (2012). Production of Geographic information system aided noise maps. FIG Working Week 2012. Knowing to Manage The Territory, Protect the Environment, Evaluate The Cultural Heritage. Rome, Italy. https://www.fig.net/pub/fig2012/papers/ts07d/TS07D_geymen_bostanci_6116.pdf (2 Ogos 2014). 2. Adejobi & Oledepo Samson. (2012). Spatio-temporal analysis of noise pollution levels in Lagos State: Oshodi-Agege Route Experience. European Journal of Globalization and Development Research, 5(1), 226-286. 3. Ali Asghar Alesheikh & Manouchehr Omidvari. (2010). Application of GIS in urban traffic noise pollution. International Journal of Occupational Hygiene 2, 79-84. Childs, C. (2004). Interpolating surfaces in ArcGIS spatial analyst. ESRI Education Services. www.esri.com (23 Oktober 2014). 4. DeMers, M.N. (2005). Fundamentals of Geographic information systems. New York: John Wiley & Sons. 5. Hamidi Abdul Aziz. (2008). Pencemaran bunyi: Teori, sumber, perundangan dan kawalan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. 6. Jabatan Alam Sekitar. (2008). Laporan Tahunan 2008. Kuala Lumpur: Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar. 7. Jabatan Alam Sekitar. (2000). Environmental quality report 2000. Kuala Lumpur: Kementerian Sains Teknologi & Alam Sekitar. 8. Katiman Rostam. (2010). Pembandaran di pinggir wilayah metropolitan lanjutan Malaysia: Beberapa implikasi terhadap kejiranan dari Lembah Klang-Langat. Malaysia Journal of Society and Space, 6(2), 37-50. 9. Keerthana, G. R., Neelima, S., Chitravel, V., Saranya, S. & Kannan, T. (2013). Evaluation of urban traffic noise pollution – A case study of Tirupur City. American Journal of Advanced Civil Engineering Research 1, 1-16. 10. Khaw Hui Leng. (2009). Kebisingan trafik dan mitigasi kebisingan di bandar Kajang. Projek Penyelidikan Sarjana Pengurusan Persekitaran. Universiti Kebangsaan Malaysia (tidak diterbitkan). 11. Luqmanulhakim Abdul Rahim, Mohmadisa Hashim & Nasir Nayan. (2011). Road traffic noise pollution and its management in Tanjong Malim Perak. Journal of Techno-Social, 3(2), 1-12. 12. Miller, H.J. (2004). Tobler’s first law and spatial analysis. Annals of the Association of American Geographers, 94(2), 284-289. 13. Mohammad Ameen Shafiee. (2013). Pencemaran bunyi bising trafik di bandaraya Alor Setar, Kedah. Projek Tahun Akhir Sarjana Muda Pendidikan (Geografi). Universiti Pendidikan Sultan Idris (tidak diterbitkan). 14. Mohd Hafizuddin Abdul Talib. (2013). Pencemaran bunyi bising trafik di bandar Sungai Petani, Kedah. Projek Tahun Akhir Sarjana Muda Pendidikan (Geografi). Universiti Pendidikan Sultan Idris (tidak diterbitkan). 15. Othman Mohamed Nazari. (2006). Tahap bunyi bising trafik persekitaran sekolah kawasan bandar. Projek Penyelidikan Sarjana Pengurusan Persekitaran. Universiti Kebangsaan Malaysia (tidak diterbitkan). 16. Stoter, J. & Kluijver, H. (2000). Noise mapping and GIS; Optimising quality and efficiency of noise effect studies. 2nd International Conference on Decision Making in Urban and Civil Engineering. Lyon, France. 17. Yaakob Mohd Jani & Mohd Zailani Mohd Zain. (2008). Peningkatan trafik dan mitigasi kebisingan di kawasan perumahan Lembah Kelang. Dlm. Katiman Rostam, Mokhtar Jaafar & Noorazuan Md. Hashim (pnyt). Dinamika Sosial, Pembanguan dan Persekitaran di Malaysia. Hlm. 248-274. Pahang: Book Pro Publishing Services. 18. Yelena Ogneva-Himmelberger & Brian, C. (2010). Spatio-temporal analysis of noise pollution near Bostan Logan Airport: Who carries the cost? Urban Studies 47(1), 169-182.


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)